MERDEKA BOTA FUN RUN
Home » MERDEKA BOTA FUN RUN
Pengenalan

Program MERDEKA! FUN RUN BOTA merupakan acara sukan rekreasi kebajikan bertemakan larian persisiran sungai dan sawah padi di Bota, Daerah Perak Tengah, Perak. Program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan semangat kemerdekaan dan memupuk jiwa perjuangan dalam diri peserta malah bertujuan menjadi aktiviti kutipan sumbangan untuk menderma kepada kebajikan golongan fakir miskin dan asna. Acara ini turut mempromosikan keindahan alam semula jadi dan warisan Bota, sambil menggalakkan gaya hidup sihat dan menarik perhatian masyarakat luar untuk mengenali Bota daerah Perak Tengah khususnya sebagai destinasi pelancongan dan riadah.

Dengan gabungan aktiviti larian, hiburan unik, dan elemen tempatan, acara ini dijangka menarik sehingga 2,000 peserta dan sekurang-kurangnya sepuluh ribu orang pengunjung selain melibatkan peniaga, usahawan dan pelbagai jenama dari negeri Perak dan sekitarnya.

MERDEKA FUN RUN BOTA turut memperkenalkan Perak Tengah sebagai sebuah Daerah TVET dengan membawakan kerjasama beberapa institusi pengajian yang menawarkan program TVET di Perak Tengah.



OBJEKTIF

MERDEKA BOTA FUN RUN bermatlamat meningkatkan kesederan penduduk untuk mengutamakan kesihatan dan kecerdasan minda melalui aktiviti fizikal

PUPUK SEMANGAT MERDEKA

Semarak semangat peserta akan pentingnya jiwa merdeka dalam diri dan mentality masing-masing.

GALAK GAYA HIDUP SIHAT

Menyediakan platform untuk masyarakat menyertai aktiviti fizikal secara santai sambil berseronok bersama keluarga.

TINGKATKAN EKONOMI TEMPATAN

Memberi peluang kepada peniaga dan usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka melalui jualan di tapak niaga dan booth pameran.

MENGUKUHKAN PERPADUAN

Menggalakkan interaksi antara penduduk tempatan dan peserta luar melalui aktiviti bersama.

TAMPILKAN DAERAH TVET

Selain memperkenalkan Bota, program ini turut menonjolkan jolokan Daerah TVET di Daerah Perak Tengah selain terkenal dengan panggilan Bandar Ilmu.

LARIAN KEBAJIKAN

Larian ini turut bertujuan menjadi tonggak kepada aktiviti menderma kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf dan fakir miskin.

stadium bakri rais bota kanan

MAKLUMAT PROGRAM

Acara dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan pengisian selain dari larian malahan turut mengetengahkan acara persembahan yang menarik.

STADIUM BAKRI RIAS, BOTA KANAN

31 OGOS 2026

8 pagi hingga 4 petang

Pakej Penyertaan

Dengan setiap mana-mana kategori penyertaan akan menyumbang kepada TABUNG KEBAJIKAN yang dikendalikan oleh Pertubuhan Laksana Paradigma Daerah Perak Tengah untuk disampaikan kepada penerima yang terdiri dari golongan asnaf, fakir miskin di dalam kawasan Parlimen Parit dan Daerah Perak Tengah.

Pelbagai aktiviti menarik

LARIAN KIBAR JALUR GEMILANG

MUZIKAL PIDATO


GIMIK LAKONAN PEJUANG VS PENJAJAH


PAMERAN JUALAN & TAPAK NIAGA


MINI KONSERT


GIMIK DIKEJAR MASKOT BOTA


PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEBAJIKAN


KUTIPAN DERMA


PAMERAN TVET


Santai & mudah
trek 1
fun fun
read more
mudah namun menguji mental
trek 2
intermediate
read more
mencabar malah menguji iman & mental
trek 3
chalLenger
read more